"Tubuh manusia mengandungi hampir 70% air - jadi tidaklah menghairankan yang kita perlu terhidrat agar sentiasa kekal sihat".
-Susan Bowerman, MS, RD, CSSD.
Konsultan kepada Herbalife.
- 60%-70% daripada tubuh adalah air, anggaran 30 liter adalah air bagi seseorang yang berat badannya 50 kilo. Air tubuh memainkan pelbagai fungsi, membawa nutrien ke seluruh organ, menghapuskan hasil buangan tubuh, dan melaraskan suhu tubuh.
- Tubuh akan terus kehilangan air melalui pernafasan dan perpeluhan sepanjang hari. Jumlah air yang diperlukan untuk tubuh manusia ialah 2 hingga 2.5 liter air sehari. Air yang digunakan di dalam tubuh bukan sana daripada apa yang anda minum tetapi juga dihitung daripada makanan anda. Air juga dihasilkan di dalam tubuh melalui metabolismanya. Jumlahnya bergantung kepada usia anda, jantina dan keaktifan anda. Secara umumnya, 40-50 ml per 1 kg berat tubuh adalah perlu untuk mengekalkan fungsi tubuh yang sihat. Carta di bawah menunjukkan pengambilan dan kehilangan air setiap hari.
Pengambilan air (ml) Kehilangan air (ml)
Minum = 800 ~ 1300 Kencing = 1000 ~ 1500
Air daripada makanan =1000 Hasil buangan = 100
Air Metabolik =200 Pernafasan & Perpeluhan = 100
TOTAL = 2000 ~ 2500 Jumlah = 2000 ~ 2500
No comments:
Post a Comment